"Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
Apa guna padi bukit,
Padi dibendang menabur bunga;
Apa guna hati sakit,
Mati bertikam termasyhur lama.
Lemaknya nasi bergulai udang,
Lemak berbau santan kelapa;
Rela kumati berputih tulang,
Tidak kumahu berputih mata.
Orang menyeberang gunakan titi,
Titi dibuat tinggi di atas;
Dalam telur lagikan dinanti,
Inikan pula sudah menetas.
Jika terjumpa ular tedung,
Carilah buluh kayu pemukul;
Berani buat beranilah tanggung,
Tangan menjinjing bahu memikul."
10 Rabiul Akhir 1440
Isnin malam Selasa
Jam 9.41 minit malam
Tuesday, December 18, 2018
Friday, November 30, 2018
begitulah
"Adat berbudi menolak balasan,
Adat berguru mengenang budi;
Adat berilmu disebar-sebarkan,
Adat beragama menyanjung Ilahi."
Adat berguru mengenang budi;
Adat berilmu disebar-sebarkan,
Adat beragama menyanjung Ilahi."
Wednesday, October 31, 2018
Di tiap denyut nadi
Gerimis pagi iringi subuh,
Bayu memeluk mentari megah,
Buah hatiku setia nan teguh,
Pengarang jantungku degupan indah.
Wednesday, October 3, 2018
Pabila Ayahanda dan Bonda Berpesan
Jika hadir dengan sopan
Bertutur pula dengan lakunya
Hendak ditolak ia harapan
Ditunaikan lah sedaya mampu.
Apa di harap sumbu di ladang
Risik merisik budaya Melayu
Beriring pasangan manis di pandang
Bunga disunting harap tak layu.
Merisik sudah bertunang pun sudah
Ijab qabul mengalir peluh
Makan berdamai malu malu
Ziarahi ipar duai amat perlu.
Langit gelap hujan tak jadi
Anak berudu main di lopak
Usah dihitung taburnya budi
Lipat dihati supaya tak nampak
Segak tanjak hias jemala
Duduk bersilang keris di pinggang
Adatnya yang tua adakan segala
Agar teruna tak lama membujang
Jeruk mengkuang di buat tikar
Kelarai di jemur atas tanah
Anakanda berdua udah berikrar
Bahagia di lakar hingga ke Jannah
Tegak berdiri bergandingan
Baju laram warna sedondon
Manis manja berpegangan tangan
Hati-hati meniti jangan tersadong
Buat Ayahanda Cikgu Omar dan Bonda Su,
Semoga Allah S.W.T merahmati selalu.
Bertutur pula dengan lakunya
Hendak ditolak ia harapan
Ditunaikan lah sedaya mampu.
Apa di harap sumbu di ladang
Risik merisik budaya Melayu
Beriring pasangan manis di pandang
Bunga disunting harap tak layu.
Merisik sudah bertunang pun sudah
Ijab qabul mengalir peluh
Makan berdamai malu malu
Ziarahi ipar duai amat perlu.
Langit gelap hujan tak jadi
Anak berudu main di lopak
Usah dihitung taburnya budi
Lipat dihati supaya tak nampak
Segak tanjak hias jemala
Duduk bersilang keris di pinggang
Adatnya yang tua adakan segala
Agar teruna tak lama membujang
Jeruk mengkuang di buat tikar
Kelarai di jemur atas tanah
Anakanda berdua udah berikrar
Bahagia di lakar hingga ke Jannah
Tegak berdiri bergandingan
Baju laram warna sedondon
Manis manja berpegangan tangan
Hati-hati meniti jangan tersadong
Buat Ayahanda Cikgu Omar dan Bonda Su,
Semoga Allah S.W.T merahmati selalu.
Tuesday, August 14, 2018
قُرَّةَ أَعْيُنٍ
Terbitnya hari di kala tenang
seakan faham jiwa merindu
hajat dijunjung niat ditatang
menyunting bunga mekar menyatu
Bunganya mahsyur harum semesta
di tiap pandang tenang mendamping
manis menyegar hati setia
pinang di belah cantik seiring
Pandang matamu tenang setia
tingkah bicara mendamaikan hati
suri hatiku hingga ke syurga
berpimpin tangan menuju abadi
Janji diikat setia disemai
kasih dijalin indah abadi
hendaknya hati saling membelai
jiwa berpadu bahagia menanti
Waspadalah kita menongkah arus
rencah hidup lumrah dunia
padaNya jualah doa diutus
padaNya segala ampun dipinta
Kekasih hatiku mahsyur namamu
Ku puja selalu di kala rindu
seakan faham jiwa merindu
hajat dijunjung niat ditatang
menyunting bunga mekar menyatu
Bunganya mahsyur harum semesta
di tiap pandang tenang mendamping
manis menyegar hati setia
pinang di belah cantik seiring
Pandang matamu tenang setia
tingkah bicara mendamaikan hati
suri hatiku hingga ke syurga
berpimpin tangan menuju abadi
Janji diikat setia disemai
kasih dijalin indah abadi
hendaknya hati saling membelai
jiwa berpadu bahagia menanti
Waspadalah kita menongkah arus
rencah hidup lumrah dunia
padaNya jualah doa diutus
padaNya segala ampun dipinta
Kekasih hatiku mahsyur namamu
Ku puja selalu di kala rindu
Subscribe to:
Posts (Atom)