"Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
Apa guna padi bukit,
Padi dibendang menabur bunga;
Apa guna hati sakit,
Mati bertikam termasyhur lama.
Lemaknya nasi bergulai udang,
Lemak berbau santan kelapa;
Rela kumati berputih tulang,
Tidak kumahu berputih mata.
Orang menyeberang gunakan titi,
Titi dibuat tinggi di atas;
Dalam telur lagikan dinanti,
Inikan pula sudah menetas.
Jika terjumpa ular tedung,
Carilah buluh kayu pemukul;
Berani buat beranilah tanggung,
Tangan menjinjing bahu memikul."
10 Rabiul Akhir 1440
Isnin malam Selasa
Jam 9.41 minit malam
No comments:
Post a Comment