Sunday, January 1, 2012

hidop ini wahai
setiap yang bernyawa
ingatlah bahawa
kita sementara

kerdil longlai
leka lalai
dek goda dan hasot
setan dan nafsu

hati ini merintih
memohon mengagung
Tuhan Maha Esa
agar hati ini
jiwa ini
roh ini
dekat dengan-Nya
dan jaoh dari dosa noda

selagi hidop
selagi ada hayat
ayoh kita maju
ayoh kita langkah
ayoh kita hijrah
mengejar seiring
dunia
mengejar seiring
akhirat
merebot mengaut
segala peluang
saki baki masa dan usia
ke arah Tuhan yang Esa

agar nanti segalanya
bercampor tidak
berpisah jangan


Maran
Januari 1 2012

No comments:

Post a Comment