Sunday, November 18, 2012

bullshit

Akhirnya kita semua 
telah dilacurkan
dengan segala dongeng
pari-pari aseng
segala penipuan
yang mengabur mata
membelah hati
menjerut rasa
mengawal minda-minda mentah
mengubah persepsi dara
dan terus manabur
harapan kabur
meninggalkan kita
yang nyata dilacur.

stuck

Terbeban dengan beban
memikul segala resah
mendukung segala angan
mengidam segala mimpi indah
sedang jasad diam kaku ditikam

Monday, July 2, 2012

selamat

selamat
selamat
selamat


duhai kasih
duhai anak watan
lihatlah betapa ramai yang bermusafir bersamamu
namun tak seorang pun dari mereka yang kami rindui


tidak
tidak
tidak


hanya engkau sahaja yang kami rindu
apa gerangan duhai kasih
lihatlah anak-anak mudamu pergi ke mana
jikalau bertemu harta di negeri orang
dimanakah pula kau kan temu kerehatan fikiran
duhai anak watan 
benarlah mereka yang berkata


tiada apa pada kami yang bernilai buatmu




Dikir Zikir
TV Al-Hijrah

Wednesday, June 20, 2012

Sepanjang waktu ku mengadu
Cintaku wahai cahaya yang wujud
Dan aku memanggilmu 
wahai penghuni madinah tempat pemberian
Wahai lambang alam semesta
Sesungguhnya aku terus dalam asyikku
Cinta dan pujian adalah seniku
Wahai bulan purnama




Dikir Zikir
TV Al Hijrah
Salam
dan salam sebagai penutup yang baik
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat
Demi Allah!
Engkau bertempat dalam hatiku
Kamu sekalian adalah maksud dan tujuanku


Dikir Zikir
TV Al Hijrah

Sunday, June 17, 2012

Kamarresyah

Wahai burung yang berterbangan
Ke arah duniamu
Katakan padaku bila pula ku kan terbang
Aku kebosanan kerna tidak bertahan lagi
Kehidupan ini
Hatiku berbelah bagi


Seperti petikan gambus wahai burung yang berterbangan
Ke arah duniamu
Katakan padaku bila pula ku kan terbang
Aku kebosanan kerna tidak bertahan lagi
Kehidupan ini
Hatiku berbelah bagi


Seperti petikan gambus
Kau terbang dan pergi
Dan kau diduniamu beruntungnya aku jika sepertimu
Sempitnya duniaku
Walau pengembala unta di atas bonggolnya
Hatiku berbelah bagi


Seperti petikan gambus wahai burung yang berterbangan
Ke arah duniamu
Katakan padaku bila pula ku kan terbang
Aku kebosanan kerna tidak bertahan lagi
Kehidupan ini
Hatiku berbelah bagi


Dikir Zikir 
TV Al Hijrah

Wednesday, April 11, 2012

Mata
tak lagi menatap
kian kuyu
kian sayu
Hidung
tak lagi menghidu
harum wangi sebuah damai
Telinga
tak lagi mendengar
suara tenang
suara aman
Kata
mati tak menyapa
diam tak berbahasa
kelu memendam rasa
Hati
tak lagi merindu
terbuku kaku
terpendam dalam

twist

Jika baik itu dia
maka akulah kejamnya
Jika cantik dia dimata
akulah sang hodoh di tiap tika
Jika dia merdu suara
akulah nyaring sumbang sang kera
Jika jujur dia bicara
akulah tipu akulah dusta
Jika dia ramah menyapa
peduli tidak akulah bara
Jika dia penyembuh penawar
akulah racun bisa menjalar


kilas
bidas
terbalik
terlingkup
kontra kontra dunia
yang bermain di tiap tingkah

pasti

Menangislah
menangislah selagi mata
maseh berbicara

Meraunglah
meraunglah selagi lidah
ligat membelah petah

Kerana nanti pasti
yang celik jadi buta
yang petah jadi kelu
Apa rupa jadi pilihan
bersepah
Apa harum jadi ciuman
sampah
Apa ayu jadi taruhan
entah
Apa pakai jadi tonjolan
dedah
Apa suara jadi pujaan
lelah
Apa harta jadi sambaran
belah


Jangan dia dipandang mata
nampak sama sekata biasa
pandanglah dia
dengan hati nurani
berbekal iman
solehah menanti

Saturday, March 24, 2012

Al Fatihah Untuk Ayah

Selamat jaley ayohku tercinto

Menuju aley tepak asalnyo kito

Semoga tuhey buwi rahmat cahayo

Ayohku saye menuju ke aley barzokh


Perginyo ayoh pado satu dinihari

Putus la sudoh tali ayoh denga duniawi

Cumo hadioh anakmu bulih buwi

Al-fatihah buat terakhir kali


Pergilah duhai ayohku

Lepaslah tangey anokmu

Yakinlah jange keliru

Kalimoh kito hok dulu


Ayoh pero kami nga tok rajin beraso bosey

Sejok tapok kaki kami sebesa daun kelenggey

Ke bukit tinggi ayoh tido di hutey cerey

Kerano nok buwi sesuap kami makey


Tapi sekarey jauh sudoh lah ayoh pergi

Kami pon pehey ayoh tok key balik doh lagi

Tinggal la pesey wasiat hok ayoh buwi

Anokku saye panda-panda lah jago diri


Ku ucap terimo kasih

Budi jaso ikhlas mu

Allah sajolah bulih

Membalas segalo itu


Kami menaney bungo di kubur ayoh

Tando mengeney jadi satu sejaroh

Sore pejuey dari keluargo ore susoh

Inilah bintey kebesarey dari Allah


Hayatnyo dulu takdok pingat datuk tan sri

Hasratnyo satu membelo keluargo sendiri

Bagi anokmu itu lebih bererti

Buat menuju hasrat terpuji sekali


Al-Fatihah untuk Ayah-Halim Yazid

Wednesday, January 4, 2012

NAMA:

tiap kali buka sekolah
tiap tiap tahon
rutinnya adalah
ayah akan menulis nama anak anak
di buku tulis maseng maseng

tulisan ayah chantek
jelas
terang
cursive

tiap kali mahu menulis
ayah guna pen hitam
dakwat cair
pen kegemarannya
paling mahal yang pernah dibeli

semangatmu
kasehmu
sayangmu
wahai ayah
sentiasa di hati
tiap kali guru memanggil
nama tertulis di buku tulis


Januari 04 2012


Sunday, January 1, 2012

hidop ini wahai
setiap yang bernyawa
ingatlah bahawa
kita sementara

kerdil longlai
leka lalai
dek goda dan hasot
setan dan nafsu

hati ini merintih
memohon mengagung
Tuhan Maha Esa
agar hati ini
jiwa ini
roh ini
dekat dengan-Nya
dan jaoh dari dosa noda

selagi hidop
selagi ada hayat
ayoh kita maju
ayoh kita langkah
ayoh kita hijrah
mengejar seiring
dunia
mengejar seiring
akhirat
merebot mengaut
segala peluang
saki baki masa dan usia
ke arah Tuhan yang Esa

agar nanti segalanya
bercampor tidak
berpisah jangan


Maran
Januari 1 2012