Wednesday, June 29, 2011

KUJABAT mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.


Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancharkan dulu.


Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru.


Anak yang pulang disisi ayahnya, maka akulah
merasakan kepedihan yang terchermin dimata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wudhu'
dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.


Mata Ayah
Usman Awang
Oktober 1964.

Wednesday, June 22, 2011

remok
rentong
hangos
terburai

hati ini
tiada lagi

bodoh-lah
engkau engkau
semacam kambeng kambeng
semacam lembu lembu
semacam babi babi

menanti
di jerkah
di tarek
di agah

hanya berharap
hingga engkau
taraf engkau
rendah
punah
ranah

rendah dari anjeng anjeng
kurap tepi jalan

hati ini
tiada lagi

bodoh-lah

akal panjang
di-pendekkan
badan sehat
di-raconkan
kawan saudara
ditindas
dibunoh
dirogol
dicabol

habes semua
bogel semua
togel semua

bodoh-lah

remok rentong
hangos terburai

hati ini
tiada lagi

Sunday, June 19, 2011

kita
yang mendengar
keloh rasa
anak anak bangsa

bukan memaksa
mereka yang
langsong terpaksa

kita
yang menyuloh
masa depan
anak anak bangsa

bukan penentu
pe-maksa
apa mahu hati-nya

semua-nya bermula dari kita
semua-nya bermula dari kita
semua-nya bermula dari kita

Saturday, June 18, 2011

"Rasa itu boleh diungkapkan melalui lisan, perbuatan apatah lagi tulisan. Asalkan ianya senada dengan gelora jiwa."