Tuesday, August 31, 2010

mari mencari mencari
mencari erti-nya malaysia
mari mencari mencari
mencari erti-nya merdeka

dah lama kita membina bersama
banting tulang untuk malaysia
kenapa pula nak dibeza beza
manusia kan semua-nya sama

tok nenek kita mungkin ada beza
itu sebab panggil malaya
tetapi kita bersatu bersama
itu sebab panggil malaysia

mari mencari mencari
mencari erti-nya malaysia
mari mencari mencari
mencari erti-nya merdeka

mari mari mencari mencari
mencari erti-nya malaysia
mari mencari mencari
mencari erti-nya merdeka


mencari Malaysia-Couple

Sunday, August 22, 2010

merdeka kah

mencari erti merdeka
benarkah
aku keliru
bercampur baur
entah
sampai bila mahu ditipu
merdeka
merdeka
merdeka
sekadar laungan kosong
atau laungan sokong
kerna itu
mencari aku erti merdeka

Sunday, August 15, 2010

senandung al-fatihah

dengan menyebut namamu ya Allah
yang maha pengasih penyayang
segala puji bagi mu ya Allah
pemelihara seluruh alam raya
engkaulah maha pengasih dan penyayang
yang menguasai hari pembalasan
hanyalah kepadamu kami menyembah
dan padamu kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan orang orang yang kau beri nikmat
bukan jalan mereka yang kau murkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Wednesday, August 4, 2010

tekateki

tolak menolak
caci mencaci
tumbuk menumbuk
cela mencela
sapu menyapu
cilok mencilok
ragut meragut
curi mencuri
tuduh menuduh
tuding menuding
tunjuk menunjuk
tepis menepis
beri diberi
kasih dikasih
sayang disayang
rindu dirindu
cinta dicinta
senda sendu
haru biru
tika itu
meracau racau
dalam benak
dalam jiwa
dalam raga

dang wangi

aku kaku
tika melihat santun dang wangi
sayu kaku aku
tatkala lirik mata
senyum suara
ayu wajah
lemah lembut
putih kulit
halus bibir
alis mata
dang wangi
aku
tika itu
dan sayang-nya aku
lemah
longlai
gugup lalu luruh
gara gara dang wangi
namun aku
tak sekali memesong-kan
hati
jiwa
iman
lara
karena dang wangi
dan tinggal-lah engkau
kerna aku masih
setia
rela
iman
dengan dia
yang maha tahu
anak anak comel berkeliaran
berlari lari anak
menyentuh melihat mendengar
sekeliling-nya
bertanya itu ini
ingin tahu
sambil ibu memerhati kasih
kanak kanak itu
menulis
membaca
mentelaah
sambil bapa
dengan sayang memberi bantu
dan aku
terdetik
terpikir
tersentak
tika aku kaku di situ
terpampang babak babak
gigih
kasih
sayang
chenta
mereka ini
mendambakan ilmu
untuk yang disayangi
penat
lelah
langsung dibuang
lalu dituang kasih
membantu sang kain putih
dan aku juga bakal
memikul
menggalas
karung amanah itu