Sunday, November 18, 2012

bullshit

Akhirnya kita semua 
telah dilacurkan
dengan segala dongeng
pari-pari aseng
segala penipuan
yang mengabur mata
membelah hati
menjerut rasa
mengawal minda-minda mentah
mengubah persepsi dara
dan terus manabur
harapan kabur
meninggalkan kita
yang nyata dilacur.

stuck

Terbeban dengan beban
memikul segala resah
mendukung segala angan
mengidam segala mimpi indah
sedang jasad diam kaku ditikam

Monday, July 2, 2012

selamat

selamat
selamat
selamat


duhai kasih
duhai anak watan
lihatlah betapa ramai yang bermusafir bersamamu
namun tak seorang pun dari mereka yang kami rindui


tidak
tidak
tidak


hanya engkau sahaja yang kami rindu
apa gerangan duhai kasih
lihatlah anak-anak mudamu pergi ke mana
jikalau bertemu harta di negeri orang
dimanakah pula kau kan temu kerehatan fikiran
duhai anak watan 
benarlah mereka yang berkata


tiada apa pada kami yang bernilai buatmu




Dikir Zikir
TV Al-Hijrah

Wednesday, June 20, 2012

Sepanjang waktu ku mengadu
Cintaku wahai cahaya yang wujud
Dan aku memanggilmu 
wahai penghuni madinah tempat pemberian
Wahai lambang alam semesta
Sesungguhnya aku terus dalam asyikku
Cinta dan pujian adalah seniku
Wahai bulan purnama




Dikir Zikir
TV Al Hijrah
Salam
dan salam sebagai penutup yang baik
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat
Demi Allah!
Engkau bertempat dalam hatiku
Kamu sekalian adalah maksud dan tujuanku


Dikir Zikir
TV Al Hijrah