Sunday, January 20, 2013
Raikan Cinta
Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku
Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?
Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail
Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi
Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi
Raikan Cinta
M. Nasir
Monday, January 7, 2013
Di tiap tika
Tika laungan suci
menyentuh hati sepi
tersentap jasad
bangkit
rebah merintih
mengharap sebuah
Dakapan Cinta Ilahi
menyentuh hati sepi
tersentap jasad
bangkit
rebah merintih
mengharap sebuah
Dakapan Cinta Ilahi
akar
Ibarat pokok tanpa akar
teguh tak bertunjang
kukuh tak mencengkam
Dan begitulah kita
yang kian rapuh
remuk berantakan
bersatu tidak
berganding jangan
teguh tak bertunjang
kukuh tak mencengkam
Dan begitulah kita
yang kian rapuh
remuk berantakan
bersatu tidak
berganding jangan
Wednesday, January 2, 2013
Pesan
Selagi hayat dikandung badan
selama itu budi ditabur
selagi hati mengenal ehsan
selama itu Dia memakmur
Menyingkap tirai hidup yang kial
terselak kesal hiba dan sepi
ertilah hamba dunia sejengkal
ditabur budi hasil menanti
Tika meranduk air yang keruh
terpijak duri darah mengalir
walau terguris pedih mengeluh
langkah diorak luka diusir
selama itu budi ditabur
selagi hati mengenal ehsan
selama itu Dia memakmur
Menyingkap tirai hidup yang kial
terselak kesal hiba dan sepi
ertilah hamba dunia sejengkal
ditabur budi hasil menanti
Tika meranduk air yang keruh
terpijak duri darah mengalir
walau terguris pedih mengeluh
langkah diorak luka diusir
Subscribe to:
Posts (Atom)