Monday, July 20, 2020

ritma II

Korang tembak aku bullet proof,
Put the charge, tak de prove.

ritma I

Mati aku satu
hidup aku satu lagi.

Thursday, July 9, 2020

Masyghul


jalan yang sugul
hilang redup mata berteduh
berganti sarat garis
kering tangis

jiwa masyghul

merindukan sukma nurani
atma sanubari

janganlah di biar layar melara
labuhkanlah sauh sengsara

pilihlah antara banyak rua

ngarai ranjau belukar,
pesisir landai lapang

Kembara Hati Nirmala
Kan bertemu
Rukun Rohani.


Jerik
1300 H
9 Julai 2020

Monday, May 25, 2020

pergi

Walau angin kabur di mata, 
Hadir pada di tiap rasa;
Walau jasad hilang di dunia,
Di hati tetap menitip doa.

Chenor
2 Syawal 1441 H
0418 H

Monday, April 13, 2020

Gurindam Nara Ambam IV

Kerja beransur tak bertahan;
Kerja bertangguh tak menjadi.

Friday, March 27, 2020

Gurindam Nara Ambam III

"Hitam-hitam si tampok manggis,
sungguhpun hitam di dipandang manis. 
Putih-putih hampas kelapa, 
di buang jua."

Sunday, February 23, 2020

Gurindam Nara Ambam II

"Kok jamba dah di tating,
Kepalo jamba lotak di hujung;
Ateh botabir langit langit,
Bawah botepak sighih.

Sikit tando e ingat,
Banyak tando e ado.

Makan dongan ponoh istiadat
Makan tak beghemah
Monyudu tak bedonting
Monyuap tak moluah
Minam tak beghosin
Makan tak tesodak
Monjawab nan ditanyo
Nan begolar di tompekkan duduk
Nan bosa mengegheng
Tak dulu tak kendian."

Friday, January 17, 2020

Gurindam Nara Ambam (Awalan)

Bismillah itu mula di surat,
Bila di surat bergulung lah gulung.

Tuesday, January 14, 2020

Deru

Kau yang meribut
Bagai taufan yang gelap  
Dalam sepoi mu