Wednesday, January 30, 2013

More than words.


SYUKUR

Pukul enam pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari, jadi

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi


Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini


Syukur

Altimet

Thursday, January 24, 2013

AHMAD

Wahai cahaya yang wujud
Hati ini merindui Mu
walau tak tergambar
jasad ini akan wajah Mu
menanti syafaat Mu yang pasti
sebagai pembela di hari kelak

Wahai Kekasihku
jasad ini berselawat untuk Mu
suatu pengharapan suci
terpahat kekal di dalam hati

selamanya

Hati ini mengharap
Janji-Mu yang pasti
di tiap detik
di tiap tika
selamanya
Pengharapan yang 
tiada penghujungnya
untuk Menghadap-Mu
di Hari yang Kekal Abadi

Sunday, January 20, 2013

Raikan Cinta


Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?


Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi

Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi


Raikan Cinta 

M. Nasir

Hallucinate

In the night I shock
Fade away like sands at sea
Drown in deep asleep


Monday, January 7, 2013

Di tiap tika

Tika laungan suci
menyentuh hati sepi
tersentap jasad
bangkit
rebah merintih
mengharap sebuah
Dakapan Cinta Ilahi

akar

Ibarat pokok tanpa akar
teguh tak bertunjang
kukuh tak mencengkam

Dan begitulah kita
yang kian rapuh
remuk berantakan
bersatu tidak
berganding jangan

Wednesday, January 2, 2013

Pesan

Selagi hayat dikandung badan
selama itu budi ditabur
selagi hati mengenal ehsan
selama itu Dia memakmur

Menyingkap tirai hidup yang kial

terselak kesal hiba dan sepi
ertilah hamba dunia sejengkal 
ditabur budi hasil menanti

Tika meranduk air yang keruh

terpijak duri darah mengalir
walau terguris pedih mengeluh
langkah diorak luka diusir