Saturday, May 22, 2010

segumpalhasadsegantangdengki

siku bertemu siku.lutut bertemu lutut.berlaga.marah.marah pada dia yang menghina.bertumbuk bersabung merempuh terajang.amukan nafsu mendidih.lava dengki meletus.segumpal hasad menggempar.berteriakan suara suara di celah celah gigi kelaparan.melantun lantun suara tangisan di pinggir pinggir sepi.laga lagi.gaduh lagi.benchi lagi.benchi sampai mati.sampai sedar siapa hina siapa.sampai sedar siapa tuduh siapa.sampai sedar siapa bunuh siapa.tatkala itu hasad dan dengki menjadi dewa.mententeramkan manusa manusa sinis dek termakan sogokan-nya.dek karena hati yang sayu melarikan.tak mampu membunuh hasad dan dengki.

karya malim ghazali,fantasi malam

baring di amben
malam membelit sepi bumi
bulan pun menidurkan
angkut-angkut
di dinding rumah tua
gelita hanyalah kegelapan
bukan kejutan akrakadabra
jangan impikan.
tidur atau terjaga
dan terjaga atau tidur
sekadar
membangunkan fantasi
kita pun melukiskan nun
lalu kalam mengalirkan alif
dan lam dan lam dan ha
di bukit anjing-anjing
liar menangisi hutan
yang terbakar
sayang mereka tidak
mengenal angka-angka
untuk tahu kesakitan udara
malam kalau sampai hujan
pepohonan menggigil
dalam kerakusan
sang politikus
gergasi di bulan tak pernah
sempurna jalannya untuk
menebar kamu
berdosakah tikus itu?
bulan membangkitkan
anak kecil dan sang ibu
cepat-cepat menyuapkan
puting susunya
malam pun menyuburkan
rohani yang tersembunyi
di lipatan alif
dan kaf dan wau
esok pasti siang
kalau sangkakala
belum ditiupkan

ROONGAAK

otak beku
mata lilau
mulut katup
jasad duduk
diam diam
dada degup
senyap senyap
tenang lagi
tunggu
tunggu depa panggil
sampai seru
kau pergi
pergi cabut gigi!!!!!!

mana bila

bila mana ia datang
kau jangan tunggu
bila mana ia pergi
kau jangan ikut
bila mana ia rasuk
kau dalih
bila mana ia tusuk
kau tepis
bila mana ia kacau
kau ludah
bila mana ia sasau
kau celah
kau bangkit
kau bangun
kau elak
dan lawan
lawan
lawan sampai mati
jangan engkau gadai engkau

affer desin

affer desin
aku bunuh dalam diam
affer desin
aku belah dada kau
aku robek hati
aku tikam jantung
lumat lumat
affer desin
aku akan dibunuh
ketika aku membunuh serigala
yang hati dan jantung-nya
patut diperlaku begitu
affer desin
kau dah kalah
aku dah menang
menang di hujung senapang
"kita nampak, apa yang kita nak nampak.kita dengar apa yang kita nak dengar.konon-nya itu semua betul."

komplot aku dan orbin ong

mari ikut aku.

siapa sokong siapa.siapa tolong siapa.kau nak tolong!!!!

sanggup ke!?!?!?

aku nak lawan diktator yang kontrol propaganda.

aku nak bunuh sesiapa yang membunuh.

aku nak perangi siapa yang cetus perang.

aku nak hapus pendatang yang haram

aku nak buang makhluk -dasar-perampas-tak-sedar-diri-nak-mampos.

kau nak ke?!?!?!?

siapa lagi!!!

lagi!!!

mari!!!mari lagi.mari ramai ramai!!!

kita pakat.

kita komplot.

biar jadi kongsi-gelap-pejuang-anti-rusuh.

biar kita jadi pembebas.

biar kita jadi pengaman.

pengganti yang sedia ada tapi tak muncul kerna bacul.

jadi sanggup engkau engkau sekalian ikut aku???!?!?

hei!!!

hei si penakut
kenapa diam diam di situ
takut akan engkau
baik jangan hidup


hei si penyair
susun kata yang cair
lantang laung gemuruh petir
bila nak turun akal yang hanyir


hei sang penganggur
diam engkau di situ
engkau jalan tiada guna
dasar engkau penganggur durjana


hei si korporat
apa yang dibuat
engkau naik bawah tindas
pergi mampos kau dan wang kertas

...

apabila maut bertembung sang ajal
roh roh diam membisu
apabila mati sedang mengejar
tatkala manusa itu leka
tatkala manusa itu foya
sedarkah ia
sedarkah depa
sedarkah
maut mati ajal
suatu yang pasti
hai sekalian makhluk yang beroh
ia benar benar menanti
kalian yang leka dengan alam yang fana
siap siaga lah
bila maut bertandang
ajal menyinsing
mati menanti

Friday, May 21, 2010


"popopopopopopopopopopopop"

Thursday, May 20, 2010


"hell low!!!!!"



when the rain come,the poet cry again.then the story begin...

nanti

hari hari ini
diintai dijenguk
dalam dalam
entah bila akan tiba
meniti laju
merentas yang kelam
kalau ia gelap
pasti mati
mencari yang nun
yang wau
dan ra
hilang gempita
tempuh redah
selagi mahu
selagi mampu
selagi ada daya
selagi hari hari ini
esok
bila bila
ia mari
siap siaga
sebelum datang
sinar dari barat

berpasar malam aku di lorong lorong

anjing anjing PATI bertebaran di sana sini.laung itu.pekik ini.meriah sungguh.bagai suatu pesta.barangkali.tak kalah dalam berbaju berseluar.sakai gaya-nya.minah minah melayu hingusan bertebrakan.seiring sejalan antara berlainan jenis atau sama jenis.entah mana dicampak-nya title soleh dan solehah tatkala mereka merayau bersama bumper bumper londeh.serigala serigala menyalak melihat awek awek hingusan ini.cuaca panas lembap mengaburi sisi baik mereka.tatakala itu nafsu menjajah.setiap permintaan nafsu dihajati.walau terpaksa berhutang dengan setan dan menempa nama di neraka.mereka boleh.sedang boleh itu kian londeh.orang orang senja masih sibuk di situ.melayani karenah nafsu.sedang ia lupa akan kubur-nya.

"bodoh.pergi balik lah orang tua!!!jangan main kat sini.pergi ingat mati."

lantang kedengaran di sisi amaran.

mereka leka.mereka tidur.sedang bumi itu menanti ajal,menunggu tiupan sangkakala.

Wednesday, May 19, 2010

"rimau mati tinggalkan belang,goh tong mati tinggalkan genting".

Justify Full
aku bertemu makhluk ini di nunnnnn sana.genting.kota tinggalan goh tong.dia cakap kalau tak tahan masuk la.memang.memang tak tahan.berlari pecut aku jumpa dia.tak tahan punya pasal.tapi bau dia cipan sikit.kotor dan geli.lepas terbang tinggi di awangan goh tong,intestine menjerit nak jumpa makhluk ni.situlah wujud ikatan aku dan makhluk ni.kau jangan lari.duduk kat sana diam diam.sampai nanti kentut tak berbau,kencing tak berdentum.

Tuesday, May 18, 2010

kau orang,aku orang,jadi kita sama.

kau ada kawan,aku ada kawan.ada yang ada kawan.ada yang tiada kawan.kawan terkadang membantu dalam derita.kawan terkadang memulih dalam jiwa yang lara.kawan terkadang menjelirkan duka dalam suka.kawan terkadang merusuh dalam bersenda.kawan terkadang meneman hati yang mengaum sedih.k-a-w-a-n.lima huruf ini berterbangan di atmosfera sinis awangan memori setiap yang menyedari.hidup tak lengkap tanpa-nya.ibarat sang pekak buta dan tuli hidup dlm dunia yang fakir gelap lagi derita.memori bersama kawan ini amat indah.kadang kadang rindu-nya itu boleh jadi khusyuk dari berpacar bercanda.dan untuk mengekalkan-nya,ingatlah wahai kawan,semua ini kan hilang,luput lekang dan lapuk.kawan.akan dikenang oleh setiap jasad yang ber-roh di dunia yang fana.

aku bermula.

sejak aku bosan berceramah di warung warung dan lorong lorong koboi,modenisasi menjerit menyuruh aku berhijrah.aku sahut seruan-nya.hahaha!!!!!!!!!ini pemula dari pemula.hai orang orang moden,pemula ini goblok.tiada yang sempit.lekat.sendat.dan engkau boleh kata apa saja.ya.apa saja.asal-kan otak kalian masih waras.